redha
Setelah 5 bulan cuti , akhirnya result upu pun keluar . Sebelum keluar result tu, semalaman tak dapat tidur and aku saja lambat lambat nak check . Tapi bila lambat tu lambat gila website upu tu berjalan mungkin sebab ramai tengah guna website tu waktu tu. Jadi,aku decide untuk sms sebab perasaan nak tahu tu dah menggila.
Bila mesej upu tu dah reply, aku cepat cepat check and rasa lega gila sebab permohonan upu berjaya. Pastu tengok aku dapat kat usm. And aku cam okay lah bahagia lah jugak walaupun sebenarnya aku sangat menaruh hati kat uitm. Tapi time tu taktau lagi dapat course apa sebab kat sms tu dia bagitau nama universiti dan kod pengajian je . Waktu tu cam lega dan nak terus bagitahu mak aku tapi mak aku takde kat rumah lagi waktu jadi aku pun chill dulu google pasal usm.
Bila google tu keluarlah usm tu lokasinya kat penang. Dan AKU SANGAT SANGAT TERKEJUT SEBAB TAK JANGKA USM TU JAUH SANGAT. Aku tersilap antara usm dengan usim :'(
Sejak saat itu aku sangat sedih tapi aku cuba tenangkan hati mana tahu dapat course yang aku nak. Website upu still lembab lagi waktu and aku bukan jenis penyabar , rasa nak baling je phone waktu tu jadi aku google kod pengajian tu . Dan sekali lagi , AKU TERKEJUT kali ni campur KECEWA sebab itu bukan course yang aku nak. Air mata tak berhenti henti keluar macam air terjun pun ada .
Aku betul betul breakdown waktu tu dan sangat sangat sedih sebab aku rasa aku letak uni ni antara pilihan yang terakhir . Tapi aku tau tu memang salah aku sebab tak buat research awal awal sebelum pilih dan letak kt upu. Sedih sangat. Sampai di saat aku menaip ni pun aku masih sedih , sangat sedih.
Aku tengah cuba redha dengan apa yang Allah bagi kat aku ni, tapi buat masa ni masih takdapat terima :(((
Sedang perlahan lahan pulihkan diri sendiri dengan ayat ni :
Allah knows what your silent heart wants. Even if you dont include it in your prayers
He hears what you heart always whispers. He may not give it to you now but someday ,
when you least expect it , things will happen in the best possible way.
Everything happens for a reason. Allah does not burden a soul beyond that it can bear.
Comments
Post a Comment